Saturday, April 17, 2010

Renungan….doa dan pedoman Susu Ibu




Assalamualaikum….rasanya doa/hadis/firman2 berkaitan penyusuan susu ibu ini sudah biasa dibaca, dilihat dan telah diketahui oleh ramai2 ibu2 yang menyusui bayi mereka. Namun ku selitkan juga dlm 'blog' ini sebagai reminder untuk diriku sendiri (selain rakan2)….moga2 aku dapat meneruskan perjuanganku menyusukan Amnaku walaupun dahulu diri ini amat daif akan hal ini...


Doa bagi ibu-ibu yang menyusukan bayinya….

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." surah al-Baqarah ayat 60



Dan apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susuan hendaklah diupah untuk menyusuinya.




Firman Allah s.w.t ....... (ayat 233 Surah Al-Baqarah)    


(i)Dan ibu-ibu itu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan    (ii)kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu-ibu itu mengikut cara yang baik.    (iii)Tidaklah ditaqlifkan seseorang itu melainkan sekadar kemampuannya.    (iv)Janganlah seseorang ibu dijadikan menderita dengan sebab anaknya dan janganlah seorang bapa dijadikan menderita sebab anaknya. Dan waris juga menanggung kewajipan yang seperti itu (jika tiada bapa),    (v)kemudian apabila keduanya (bapa dan ibu) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan dan rundingan dari keduanya, maka tiadalah menjadi apa-apa kesalahan kepada keduanya.    (vi)Dan jika kamu mahu mengadakan penyusu kepada anak-anak kamu, maka tidaklah menjadi apa-apa kesalahan kepada kamu jika kamu serahkan upah yang diberikan kamu dengan pertimbangan yang baik.    (vii)Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah melihat segala apa yang kamu kerjakan.

Huraian maksud ayat di atas :
(i) Ayat ini membawa maksud tempoh penyusuan yang sempurna ditetapkan bermula pada asal kelahiran anak/bayi tersebut hinggalah genap usianya 2 tahun. Pun begitu ibu-ibu yang mahu meneruskan penyusuan adalah bergantung pada kehendak individu.

(ii) Dan bagi si bapa pula, sebagai balasan terhadap kewajipan yang difardukan Allah pada ibu yang menyusui bayinya, supaya memberi kepada si ibu perbelanjaan makan dan minum dan pakaian mengikut pertimbangan yang baik kerana kedua-duanya berkongsi dalam tanggungjawab itu. Kedua-duanya bertanggungjawab terhadap anak/bayi yang masih menyusu itu.
Si ibu membantu dengan susu dan si bapa pula membantu dengan makanan dan pakaian untuk membelanya. Kedua-duanya menunaikan kewajipan masing-masing dalam batas kemampuannya.

(iii) Hukum ini tidaklah bermaksud membebankan seseorang kecuali mengikut kemampuannya akan hal yang tersebut.

(iv) Kesimpulannya  jangan ada di antara kedua-dua ibu bapa anak/bayi itu saling sakit menyakiti dan susah menyusahkan, disebabkan adanya anak/bayi itu tadi. Jangan pula keduanya menyusahkan anak/bayi mereka, bahkan hendaklah keduanya bertanggungjawab ke atas kehidupannya.
Selain itu, waris anak/bayi itu pun perlu dipertanggungjawab sekiranya bapa anak/bayi itu meninggal dunia (waris : datuk, abang, bapa saudara dan seumpamanya daripada sebelah bapanya)i. Mereka hendaklah menanggung mana-mana yang patut tentang nafkahnya.

(v)Ayat ini menjelaskan bahawa ibu bapa tidak berdosa menhentikan penyusuan anaknya sebelum anak itu berumur dua tahun, iaitu sekiranya tiada mendatangkan mudarat kepada anak/bayi tersebut.

(vi)Bagi anak-anak yang ibunya enggan menyusukannya ataupun dengan sebab sakit atau tiada susu. Maka si bapa hendaklah mencarikan ibu susuan sebagai alternatif untuk menyusukan anak-anak tersebut, asal dibayar upah bagi menyusukan anak/bayi itu.

(vii)Ternyata ketakwaan merupakan puncak kepada segala kebaikan dan kebajikan. Dengan sebab itu manusia akan mematuhi segala arahan Allah dan menjauhi segala larangannya.

Kesimpulannya…..
Ibu2 yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t.




Post ini adalah berdasarkan pemahaman saya dari pelbagai sumber bacaan dan credit khas pada linda dan  liyana atas info yang berguna. Salam….

2 comments:

  1. thanks Azrina, u r 1 of my idols...ku follower setia di blogmu...d'best blog i ever read! thanks to u 2...for d'ilmu'

    ReplyDelete